PETALING JAYA: Bersempena kehadiran Ramadan ini, umat Islam berpeluang menyampaikan sumbangan atau sedekah berbentuk buku Iqra’ dalam usaha melatih lebih ramai golongan celik Al-Quran.
Pengerusi Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia, Sheikh Ahmad Fakhruddin Sheikh Abd Rahim berkata, menerusi sumbangan tersebut, ia sekali gus dapat dijadikan medium penyampaian dakwah dan ilmu kepada semua masyarakat.
Malah beliau menyasarkan kira-kira 5,000 buku Iqra’ dapat diterbitkan pihaknya bagi tujuan wakaf atau sumbangan kepada pelbagai golongan lapisan masyarakat selain kegunaan sendiri.
“Alhamdulillah, kami dapat menyiap, menerbit dan melancarkan Buku Iqra’ Bacalah Edisi Premium ini walaupun mengambil masa berbulan-bulan. Penerbitan buku ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan ia boleh di gunakan sesiapa sahaja termasuk di sekolah-sekolah.
“Paling penting, dengan kerjasama penulis yang juga pengasas utama pertubuhan ini, penerbitan edisi kedua dapat diselesaikan selepas pelancaran buku Iqra’ yang pertama pada tahun 2021,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Dalam pada itu, Sheikh Ahmad Fakhruddin berkata, pertubuhan itu akan melancarkan aplikasi teknologi yang lebih canggih Masyarakat Islam di negara ini kini berpeluang mempelajari al- Quran hanya dengan menggunakan aplikasi teknologi yang lebih canggih. – UTUSAN