Masa depan Ancelotti di tangan PSG - Utusan Malaysia

Masa depan Ancelotti di tangan PSG

PASUKAN PSG menjalani latihan terakhir sebelum turun berdepan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara awal pagi ini.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Keputusan pertembungan terakhir kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara (UCL) berdepan Paris Saint-Germain (PSG) bakal menjadi penentu kepada masa depan Carlo Ancelotti bersama Real Madrid.

PSG yang turun dengan kelebihan satu gol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi esok dijangka menerima tentangan sengit daripada pendahulu La liga itu.

“Kami membuat persedian terbaik untuk menghadapi perlawanan ini. Sokongan padu di Bernabeu bakal membantu kami menghadapi lawan (PSG).

“Kami akan turun beri yang terbaik dan memenangi perlawanan,” katanya yang enggan mengulas mengenai masa depannya di Madrid sekiranya tewas kepada PSG.

Presiden Madrid, Florentino Perez turut memandang serius pertemuan tersebut berbanding 39 perlawanan yang telah diharungi mereka dalam semua pertandingan musim ini.

Pada 2018, Zinedine Zidane berjaya melepasi halangan empat gergasi Eropah dalam pusingan kalah mati iaitu PSG, Juventus, Bayern Munich dan di final, Liverpool.

Sementara itu, penyerang PSG, Kylian Mbappe yang mengalami kecederaan kaki ketika menjalani latihan, kelmarin dijangka tidak dapat diturunkan dalam pertemuan tersebut.

Mbappe meledak jaringan tunggal buat PSG di laman sendiri ketika mengatasi Madrid pada pusingan pertama Februari lalu.

“Kylian Mbappe mengalami kecederaan di kaki kiri ketika latihan hari ini (kelmarin).

“Dia menerima rawatan petang ini. Ujian klinikal akan dilakukan dan ujian baharu akan dibuat dalam tempoh 24 jam,” kata PSG dalam satu kenyataan.

Pemain berusia 23 tahun itu sudah terlepas aksi Ligue 1 ketika pasukannya tewas 1-0 kepada Nice Sabtu lalu berikutan penggantungan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN