Linda cipta sejarah di Terbuka Miami - Utusan Malaysia

Linda cipta sejarah di Terbuka Miami

Linda Fruhvirtova muncul pemain termuda mara ke peringkat 16 terakhir Terbuka Miami sejak 2004.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Pemain Czech, Linda Fruhvirtova muncul pemain termuda mara ke peringkat 16 terakhir Terbuka Miami sejak 2004 selepas bekas pemain nombor satu dunia, Victoria Azarenka menarik diri di pusingan ketiga.

Linda yang berusia 16 tahun, hadir ke kejohanan dengan ranking ke-279 dunia tetapi dia mendominasi juara dua kali Terbuka Australia tersebut apabila mendahului 6-2, 3-0 sebelum pemain berpengalaman Belarus itu menarik diri.

Victoria, 32, yang menangis selepas tewas kepada Elena Rybakina di Indian Wells awal bulan ini tampak berdepan masalah ketika menentang Linda.

“Saya tak tahu apa yang berlaku di penghujung. Dia bergelut dengan kecederaan, saya tak tahu tetapi apa yang pasti, saya bangga berkongsi gelanggang dengannya.

“Anda sudah tentu tidak mahu perlawanan berakhir seperti ini. Kami bersalaman dan dia keluar,” kata Linda.

Linda yang juga pemain wildcard beraksi di kejohanan utama WTA pertamanya dan mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan ke-24 dari Belgium, Elise Mertens pada pusingan sebelum ini dan akan menentang pilihan kelima dari Sepanyol, Paula Badosa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya