PETALING JAYA: Bersempena Hari Wanita 2022, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru semua pihak supaya menghargai dan menghormati golongan wanita.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia, Perdana Menteri menganggap pengorbanan wanita tiada noktah dan tandingannya.
“Wanita adalah harapan bangsa, berperanan besar dalam sesebuah organisasi dan menyumbang kepada kejayaan negara.
“Keluarga Malaysia mempunyai wanita hebat yang berjuang tanpa patah semangat bagi membahagiakan mereka yang tersayang.
“Tangan yang menghayun buaian boleh menggoncang dunia. Hargai dan hormatilah kaum wanita,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya.
Ismail Sabri akan merasmikan sambutan Hari Wanita hari ini yang bertemakan Saksama Bersama. – UTUSAN