Fernandez raih kejuaraan berganda - Utusan Malaysia

Fernandez raih kejuaraan berganda

Bintang tenis Kanada, Leylah Annie Fernandez harap dapat meneruskan aksi konsisten dalam semua kejohanan disertainya.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTERREY, Mexico : Bintang tenis Kanada, Leylah Annie Fernandez sekali lagi mencuri tumpuan apabila berjaya mempertahankan gelaran WTA apabila muncul juara di Terbuka Monterrey.

Kejayaan itu hadir selepas pemain berusia 19 tahun tersebut, berjaya menewaskan pemain Colombia, Camila Osorio 6-7(5), 6-4, 7-6(3) sekali gus mempertahankan kejuaraan berkenaan, dua tahun berturut-turut.

Bagaimanapun, pencapaian itu tidak dikecapi dengan jalan mudah apabila terpaksa berhempas pulas selama dua jam 52 minit sebelum berjaya memberi kegembiraan kepada Fernandez.

“Perancangan saya musim ini adalah ingin mengekalkan aksi konsisten pada setiap kejohanan. Mudah-mudahan, saya akan berada dalam kelompok ranking sepuluh terbaik dunia pada penghujung musim ini.

“Oleh itu, saya juga berpeluang untuk beraksi WTA Final nanti. Itu adalah matlamat saya untuk musim ini.

“Seperti yang saya katakan setiap tahun sebelum ini. Saya tidak mahu tertekan dan mahu menikmati perlawanan Oleh itu, fizikal dan mental saya lebih baik untuk turut mengambil bahagian pada setiap kejohanan,” katanya.

Selepas berakhir kejohanan tersebut, Fernandez akan melakukan persiapan untuk turut bersaing di Piala Billie Jean King menentang Latvia pada bulan depan di Vancouver. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya