405 permit untuk kempen PRN Johor dikeluarkan polis - Utusan Malaysia

405 permit untuk kempen PRN Johor dikeluarkan polis

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Johor mengeluarkan 405 permit untuk aktiviti kempen dan ceramah bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di seluruh negeri ini sejak hari penamaan calon. 

Menurut Jurucakap Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bagi PRN Johor, Superintenden Ibrahim Mat Som, ia termasuk 36 permit yang baharu diluluskan semalam.

Beliau berkata, bagi tempoh sama bermula 26 Februari hingga semalam, lima permohonan permit telah ditolak oleh pihak polis.

“Semalam, sebanyak empat kertas siasatan sudah dibuka membabitkan peruntukan undang-undang tertentu menjadikan 17 kertas siasatan sudah dibuka Polis Johor sepanjang tempoh berkempen itu.

“Kertas siasatan yang dibuka antaranya adalah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Ibrahim menambah, polis juga membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 24B (3) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954/Peraturan 16 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan jangkitan) 2021.

Tambahnya, ia turut disiasat dibawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat mengaibkan kehormatan seseorang, serta kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Semua parti serta kumpulan penyokong dinasihatkan sentiasa mengikuti segala Prosedur Operasi Standard (SOP) Pencegahan Covid-19 bagi mengelakkan daripada tindakan kompaun dibuat.

“Mereka yang terlibat juga perlu mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan dan menghormati antara satu sama lain dalam tempoh masa berkempen,” ujarnya. 

Katanya, peringatan itu supaya tidak melakukan kerosakan terhadap poster-poster, banner, bendera, kain rentang dengan mencabut atau membakar milik mana-mana parti politik yang merupakan perbuatan khianat.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” jelasnya. –UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya