Zoologi: Ketua Pemuda Pas selar Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Zoologi: Ketua Pemuda Pas selar Ahmad Zahid

AHMAD FADHLI SHAARI dan AHMAD ZAHID HAMIDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menyindir dengan mengesyorkan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menukar kerjaya daripada ahli politik kepada ahli zoologi.

Beliau berkata, meskipun kebanyakan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini diketahui kepada siapa ia dituju, namun Pemuda Pas tidak bingkas membalas menyahut dan mencabar. 

Katanya, ini berikutan ia hanya akan memanaskan keadaan kerana masih ramai dalam kalangan sahabat-sahabat pimpinan UMNO yang tahu menilai erti muafakat.

“Namun apabila Presiden kami membalas kiasan seorang veteran UMNO yang menyifatkan Pas cuba mengajar itik berenang, hanya sekadar membalas sahaja, bukan mengajar itik berenang tetapi mengubati itik yang kakinya sakit, marah benar Datuk Seri (Ahmad Zahid), sehingga mencadangkan Presiden kami lebih baik jadi ahli zoologi.

“Jika membalas begitu pun sudah dilabel ahli zoologi, Datuk Seri ahli apa? Ahli sihir yang sekejap uzur ke mahkamah kemudiannya sihat sejahtera memikul beras? 

“Atau Datuk Seri lah sebenarnya ahli zoologi yang pengkhususannya ialah sesumpah, bertukar warna sepantas kilat sewaktu menjadi murid setia kepada ‘cikgu’ yang baru sahaja diseranah di atas pentas?,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sindiran Ahmad Zahid yang mengesyorkan Presiden Pas itu bertukar kerjaya itu hadir susulan gelaran “itik patah kaki” kepada UMNO sebagaimana kenyataan yang dikeluarkan Abdul Hadi baru-baru ini.

Menurut Ahmad Fadhli, pihaknya juga hairan saya apabila ada lagi yang mempercayai ucapan ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang terang-terang hanya memperbudakkan pendengar. 

“Sebenarnya, yang dikehendaki sangat ialah tandatangan di atas sekeping watikah sahaja. Itupun tiada harga jika Datuk Seri berpindah mukim ‘ke dalam’.

“Mengingatkan sahabat-sahabat di dalam  UMNO, pemudanya, ahli-ahli parlimen dan barisan menteri Kabinet yang masih komited dengan penyatuan ummah, semoga ada sinar jua di hujung terowong,” jelasnya.  – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya