Warga Indonesia ditahan curi beg tangan - Utusan Malaysia

Warga Indonesia ditahan curi beg tangan

WARGA Indonesia yang bekerja sebagai buruh binaan ditahan polis selepas menjadi suspek kes curi beg tangan mengandungi wang tunai RM15,000 milik seorang pemilik restoran di Seksyen 17 di Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang warga Indonesia ditahan polis selepas dikenal pasti sebagai suspek yang mencuri beg tangan seorang pemilik restoran di Seksyen 17, di sini semalam.

Suspek diberkas selepas pengadu membuat laporan polis pada hari sama setelah kejadian berlaku kira-kira pukul 11 pagi berdasarkan maklumat daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pengadu memaklumkan kehilangan beg tangan yang mengandungi sejumlah wang tunai.

“Pengadu yang juga pemilik restoran membuat laporan polis semalam. Jumlah kerugian kira-kira RM15,000 tunai dianggarkan pengadu diletakkan dalam beg tangan tersebut.

“Suspek seorang lelaki Indonesia, adalah pelanggan yang sering ke restoran berkenaan dikenal pasti. Pasukan polis Balai Sri Muda mengesan dan menangkapnya kira-kira pukul 4 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal mendapati hanya RM9,500 yang dijumpai semula dan suspek mengaku sempat membelanjakannya.

Susulan tangkapan, permohonan reman terhadap suspek yang bekerja sebagai buruh binaan itu sedang dilakukan dan kes  disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Jelas Baharudin, jika sabit kesalahan suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan denda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN