Pengarah JKR negeri dituduh rasuah hari ini

Pengarah JKR negeri dituduh rasuah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) sebuah negeri akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bersabit kes rasuah membabitkan kontrak bernilai ratusan ribu ringgit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pe­ngarah berkenaan serta beberapa pegawai disyaki menerima rasuah daripada kon­traktor berhubung dengan projek selenggaraan.

“Kes ini telah selesai dijalankan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM dan kami jangka esok akan dituduh,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, mereka akan dituduh mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan lima pertuduhan.

Katanya, akaun yang disita membabitkan kes tersebut adalah sebanyak RM6.13 juta melibatkan 79 akaun individu dan 16 akaun syarikat.

Ahmad Khusairi berkata, pihaknya turut merampas aset termasuk kenderaan dan wang tunai daripada semua suspek.

Sebelum ini akhbar mela­porkan dua penjawat awam termasuk berjawatan pengarah dan bergelar Datuk antara enam ditahan SPRM susulan kes rasuah membabitkan kontrak bernilai ratusan ribu ringgit.

Lelaki bergelar Datuk itu bersama seorang lagi penjawat awam iaitu jurutera di sebuah jabatan kerajaan di ibu negara adalah suspek utama kes membabitkan tawaran kerja kontrak pembangunan dan senggaraan sejak 2021.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek utama menerima kira-kira RM115,000 daripada orang tengah dalam bentuk wang tunai, pembiayaan ubah suai rumah dan pemberian tele­fon bimbit.

Menerusi Op Kepala dijalankan Bahagian Operasi Khas SPRM di 10 premis sekitar Lembah Klang dan Johor semalam, SPRM menyita dua unit kende­raan jenis Toyota Hilux, wang tunai kira-kira RM165,000 selain membekukan 95 akaun perbankan terdiri akaun individu dan syarikat membabitkan jumlah kira-kira RM6 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN