Warga asing ditahan pecah mesin ATM di Chendering

Warga asing ditahan pecah mesin ATM di Chendering

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki warga asing ditahan dipercayai terlibat dalam kejadian pecah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, di Chendering, di sini semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, penahanan suspek berusia 31 tahun itu dibuat di Chabang Tiga, kira-kira pukul 6.30 petang, hari sama. 

“Polis menerima maklumat mengenai  kejadian pecah masuk bank itu pada pukul 3.55 pagi dan pemeriksaan mendapati sebuah ATM telah dibuka di bahagian penutup atas. 

“Bagaimanapun, peti simpanan wang gagal dibuka dan tiada kerugian wang tunai dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Marzhuki, kes disiasat mengikut Seksyen 457 dan 427 Kanun Keseksaan. 

Media sebelum ini melaporkan cubaan seorang lelaki mencuri wang di dalam  ATM di sebuah bank di Chendering gagal apabila alat penggera premis berkenaan berbunyi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN