Wanita kurang siuman cuba terjun tingkat tiga - Utusan Malaysia

Wanita kurang siuman cuba terjun tingkat tiga

PASUKAN penyelamat mendukung seorang wanita turun tangga dari bahagian balkoni belakang sebuah hotel selepas dikatakan cuba bunuh diri untuk terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan di Bandar Baru Klang, Klang, Selangor, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pasukan bomba menyelamatkan cubaan seorang wanita daripada terjun dari tingkat tiga sebuah bangunan hotel di Bandar Baru Klang, di sini malam tadi.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.13 malam sebelum pasukan daripada Balai Bomba Sungai Pinang tiba di tempat kejadian.

“Tujuh pegawai dan anggota tiba kira-kira empat minit kemudian dan mendapati seorang wanita kurang siuman berada di tingkat tiga bahagian balkoni belakang bangunan hotel.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya dibawa turun dengan menggunakan tangga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah, berdasarkan penilaian semasa, wanita berusia 34 tahun itu didapati mengalami masalah tekanan perasaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya