‘UMNO soleh’ perlu berlaku adil - Wan Saiful  - Utusan Malaysia

‘UMNO soleh’ perlu berlaku adil – Wan Saiful 

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyarankan pemimpin UMNO yang baik selain daripada mereka yang terpalit dengan kes mahkamah supaya berlaku adil. 

Beliau berkata, pemimpin yang disifatkan baik itu tidak seharusnya menegur pihak luar semata-mata, tetapi juga perlu menegur pemimpin parti itu. 

“Malam tadi semasa Pelancaran Jentera Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah, saya memberi komentar mengenai kumpulan yang ‘baik’ dalam UMNO. Saya mengiktiraf kewujudan kumpulan yang baik ini dalam UMNO dan saya akui mereka mempunyai sikap berbeza daripada kluster mahkamah.

“Saya tak tahu apa nak panggil golongan ini. Kita katalah mereka ini ‘UMNO soleh’. Ada beberapa tokoh ‘UMNO soleh’ menghubungi saya menyatakan bahawa mereka sedang menyusun strategi untuk membetulkan UMNO dari landasan yang salah. 

“Jadi mereka cadangkan saya tidak menyerang UMNO sebab mereka sedang buat kerja dari dalam. Masalahnya ialah ‘UMNO soleh’  ini diam membisu membenarkan kluster mahkamah menunggang UMNO untuk melanggar semua orang lain.

“Mereka ini perlu berlaku adil. Kenapa pula meminta supaya orang lain berhenti menyerang UMNO, sedangkan apabila penyokong kluster mahkamah dalam UMNO bersikap biadap terhadap kami, mereka tidak menegur kebiadapan itu? Jangan tegur orang lain saja, tetapi tegurlah orang dalam UMNO itu juga,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.  – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya