UMNO pimpinan kluster mahkamah makin terdesak

UMNO pimpinan kluster mahkamah makin terdesak

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UMNO di bawah pimpinan kluster mahkamah semakin terdesak apabila bukan sahaja mahu membunuh karakter Tan Sri Muhyiddin Yassin, tetapi membabitkan sama Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, strategi UMNO adalah membunuh karakter Muhyiddin selaku Presiden Bersatu dengan pelbagai tohmahan bagi menidakkan kejayaan mentadbir negara ketika menjadi Perdana Menteri.

“Dan terkini, mereka juga seperti mahu membunuh karakter Presiden Pas, Tuan Guru Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

“Mungkin segelintir mereka di dalam UMNO cemburu melihat kejayaan Muzakarah Bersatu-Pas minggu lalu. Kita semua mesti pastikan usaha kluster mahkamah dalam UMNO ini tidak berjaya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Wan Saiful menyebut ‘UMNO Soleh’ yang merujuk kepada kumpulan pemimpin yang baik dalam parti itu yang mereka mempunyai sikap berbeza daripada Kluster Mahkamah.

Kluster mahkamah pula merujuk kepada pemimpin UMNO yang pernah berhadapan kes mahkamah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN