Ujian buat saya sekeluarga - Ako Mustapha - Utusan Malaysia

Ujian buat saya sekeluarga – Ako Mustapha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal Ako Mustapha memaklumkan dirinya positif wabak Covid-19.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Ako bagaimanapun memberitahu buat masa ini dia tidak mengalami sebarang gejala.

“Assalamulaikum ujian buat saya sekeluarga. Semoga saya kuat melawan wabak Covid-19 ini. Setakat ini saya rasa baik-baik saja.

“Mungkin sudah ambil dos vaksin penggalak. Doakan untuk saya dan keluarga ya. Jaga diri semua, jaga prosedur operasi standard (SOP) ya semua,” tulisnya.

Terdahulu, pelakon drama Mimpi Sabrina itu turut memuat naik gambar kit ujian kendiri. Keputusan menunjukkan dia positif, semalam.

Menjengah ruangan komen, pengikut dan peminat serta rakan artis membanjiri dengan doa supaya Ako dan keluarga dilindungi daripada wabak berbahaya itu.

“Semoga cepat sembuh. Syafakallah kepada Ako dan keluarga,” komen penyanyi Ezlynn Ariffin.

Sebagai informasi, pasangan Ako dan Kartina Shuaib berkahwin pada 2009 dan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya