Tun M dibenarkan pulang ke rumah - Utusan Malaysia

Tun M dibenarkan pulang ke rumah

DR. Mahathir Mohamad bersama Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali selepas dibenarkan pulang ke rumah dari IJN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semakin pulih dan dibenarkan pulang ke rumah pada 2 Februari lalu.

Menurut kenyataan daripada pejabatnya, Ahli Parlimen Langkawi itu perlu kembali ke Institut Jantung Negara (IJN) semula untuk menjalani sesi fisioterapi dan prosedur perubatan lanjut.

“Tun Dr. Mahathir akan terus menjalani rawatan pemulihan dan buat masa ini Tun masih dinasihatkan untuk tidak menerima kunjungan daripada pelawat,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, bekas Perdana Menteri itu dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), IJN pada 22 Januari lalu dan dimaklumkan berada dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya pada 23 Januari.

Isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali meluahkan perasaan terima kasih terhadap doa, ucapan selamat, kiriman bunga dan juga kad ucapan dari orang ramai yang mendoakan kesihatan Dr. Mahathir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya