Tolong doakan saya - Shalma Eliana positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Tolong doakan saya – Shalma Eliana positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi meningkat naik, Shalma Eliana telah disahkan dijangkiti wabak Covid-19.

Shalma memaklumkan perkara itu menerusi Instagramnya, semalam.

Katanya, dia mengalami gejala teruk seperti sakit tekak yang melampau dan sukar bernafas dengan baik.

“Hello semua. Peringatan ringkas, tolong jaga keselamatan.

“Gejala paling teruk saya alami dan tentunya, setiap orang mengalami yang berbeza-beza. Tetapi saya tidak mahu anda merasai apa yang saya rasakan.

“Tekak saya terlalu sakit dan kerana itu saya tidak dapat tidur dengan secukupnya. Telinga sakit, hidung tersumbat dan begitu juga leher yang terasa terlalu sakit akibat bengkak pada bahagian tekak,” kongsinya.

Menurut Shalma lagi, oleh kerana tekaknya membengkak, dia berdepan kesukaran untuk bernafas dengan betul.

“Pernafasan amat terhad kerana saya hanya boleh bernafas melalui mulut.

“Saya juga sukar untuk bersin , menguap, makan dan minum dengan betul gara-gara tekak yang membengkak. Tetapi, saya paksa untuk makan walaupun sedikit,” kongsinya lagi.

Tambah pemuzik ini lagi, demam yang dialami semakin surut namun dirinya berasa keletihan kerana tidak menerima rehat yang mencukupi.

“Saya memang ada masalah insomnia dan kesakitan ini menjadikannya lebih teruk.

“Tolong doakan saya,” pintanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya