Tiga lelaki ditangkap, bawa kenderaan bawah pengaruh alkohol, dadah - Utusan Malaysia

Tiga lelaki ditangkap, bawa kenderaan bawah pengaruh alkohol, dadah

OP Ambang Tahun Baharu Cina yang dilaksanakan Jalan Lingkaran Tengah, Seremban malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tiga lelaki ditangkap di lokasi berasingan di sekitar Negeri Sembilan selepas dikesan memandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam Op Ambang Tahun Baharu Cina, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan, Superintenden Shafiei Muhammad berkata, dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 30 tahun ditahan di Jalan Lingkaran Tengah di sini.

Seorang lagi ditangkap oleh pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam operasi sama yang diadakan di daerah Jempol.

“Kesemua individu yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Balai Polis Jalan Campbell untuk tindakan lanjut,” katanya dalam hari ini.

Menurutnya, hasil daripada operasi berkenaan, sebanyak 449 buah kenderaan dari pelbagai jenis dan 497 individu telah diperiksa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya