'Syarat CSA 31 Julai 2022 itu sebab nak tunggu duitkah?' - Utusan Malaysia

‘Syarat CSA 31 Julai 2022 itu sebab nak tunggu duitkah?’

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengapa sehingga 31 Julai 2022, bukannya setakat  Mac tahun ini sahaja?

  Demikian dipersoalkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed terhadap pembangkang yang sanggup menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan kerajaan pada September tahun lalu.

  Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mempersoalkan, apakah tarikh CSA itu `dipanjangkan’  kerana ada kaitan dengan peruntukan kawasan Parlimen lebih kurang RM3.8 juta setahun yang dipersetujui dalam CSA tersebut.

“Adakah ahli Parlimen pembangkang  sedang menunggu wang peruntukan ini turun,  yang perlukan masa untuk setahun dibelanjakan.

“Difahamkan wang ini belum dapat lagi sebab Parlimen yang luluskan tapi proses pengeluaran peruntukan perlu berbulan-bulan.

“Sebab itu bila Hadi (Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Muhyiddin (Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin) kata sokongan mereka (Perikatan Nasional) bersyarat (kepada kerajaan) baru-baru ini….inilah agaknya (tunggu peruntukan). 

“Saya tak fikir mereka akan tarik diri dari kerajaan sebab nak kejar peruntukan ini. DAP dan Amanah pun takkan nak  tarik diri. Kalau berani bubarlah juga DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah cakap tak boleh lagi bersama kerajaan,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Antara syarat lain dalam CSA berkenaan adalah dipersetujui Parlimen tidak dibubar sebelum 31 Julai tahun ini.

Kata Nur Jazlan lagi, CSA berkenaan sebenarnya telah membelenggu pembangkang kerana sekali gus mengakibatkan Dewan Rakyat ketandusan pembangkang yang kuat.

“Kesimpulannya, mereka (pembangkang) sanggup buat CSA, yang bermaksud tidak ada pembangkang yang kuat. Adakah nakkan duit sampai sanggup ketepikan rakyat dan penyokong sendiri?

“Sedangkan rakyat nak pembangkang yang kuat, bukannya pembangkang yang boleh `dibeli’.

“Sibuk cakap berulang-ulang rasuah sini sana, tapi isu CSA macam mana?,” dakwa bekas timbalan menteri dalam negeri itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN