Radzi bawa anak vaksin Covid-19 - Utusan Malaysia

Radzi bawa anak vaksin Covid-19

RADZI Jidin membawa anak bongsunya menerima vaksin di PPV IOI City Mall, Putrajaya.- FB RADZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Cepat dan teratur. Itu maklum balas Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin sewaktu menemani anak bongsunya untuk menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) hari ini. 

Radzi memaklumkan, anak bongsunya menerima vaksin tersebut di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IOI Mall pagi tadi.

“Pagi tadi saya bawa anak bongsu untuk menerima vaksin di PPV IOI Mall. Cepat dan teratur. Mengambil masa kurang sejam bermula daripada beratur untuk mendaftar hingga selesai pemantauan. 

“Tahniah Kementerian Kesihan dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin,” katanya pada hantaran Facebook di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengajak ibu bapa yang membawa anak masing-masing bagi mendapatkan vaksin Covid-19.

“Untuk ibu bapa yang ada anak-anak berumur lima hingga 11 tahun, ayuh daftarkan mereka untuk vaksinasi #PICKids!,” katanya.

Pemberian vaksin untuk kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun menerusi PICKids telah bermula 3 Februari lalu dengan anggaran seramai empat juta kanak-kanak layak menerima vaksin jenis Comirnaty10mcg Concentrate for Dispersion (PfizerBioNTech). – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN