PSM bidas PJS - Utusan Malaysia

PSM bidas PJS

WAN Mohd. Husni Abdullah ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Temasya Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Paroi, Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membidas kenyataan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk sedia mempertimbangkan entiti baharu yang bakal mengambil alih peranan PSM ketika badan induk sukan sepak takraw negara itu akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 12 Februari depan.

Ketua Seranta PSM, Wan Mohd. Husni Abdullah berkata, kenyataan tersebut seolah-olah memberi tekanan kepada PSM yang sedang menuju untuk mendapatkan barisan kepemimpinan baharu.

“PSM telah ikut apa yang ditentukan oleh PJS, mereka minta PSM adakan mesyuarat agung dan kami akan adakan pada 12 Februari ini. Bagaimana PJS boleh menekan PSM dan semacam mahu mengiktiraf satu badan yang lain.

“Saya tidak pasti adakah PJS mendapat desakan tetapi PSM sekarang berada dalam landasan yang tepat untuk memiliki satu kepemimpinan yang baharu dan selepas itu barulah kami boleh memohon kepada Astaf (Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) untuk menjadi ahli gabungan,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sembilan (Pestans) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Temasya Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Paroi di sini hari ini.

Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd. Yusof hari ini dilaporkan berkata, PJS sedia untuk mempertimbangkan entiti baharu yang bakal mengambil alih peranan PSM di peringkat antarabangsa pada masa akan datang selepas melihat situasi semasa berkenaan kemelut antara PSM dan Astaf.

Jelas beliau, PJS telah menerima surat daripada Astaf yang menyatakan pendirian untuk tidak lagi menerima PSM sebagai ahli gabungannya susulan tindakan PSM yang berterusan melanggar beberapa perkara termaktub dalam hukuman selepas PSM disingkirkan daripada Astaf.

Sementara itu, Wan Mohd. Husni berkata, pihaknya mengetahui menjadi hak PJS untuk mempertimbangkan penubuhan entiti baharu tersebut namun pihaknya keliru kerana PSM telah mengikut apa yang dikehendaki oleh PJS iaitu untuk mengadakan AGM.

“Kalau kami tidak selesai AGM ini, bagaimana kami mahu memohon kepada Astaf, sebab itu, saya sendiri keliru daripada apa kenyataan yang PJS keluarkan, saya harap PJS jangan membuat sesuatu perkara yang tiada kepastian.

“Beri PSM selesai untuk dapatkan kepemimpinan baharu, tidak lama, minggu hadapan sahaja, kemudian kita lihat apa yang akan berlaku selepas itu. Saya yakin apabila PSM sduah ada kepemimpinan baharu, dengan bantuan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Kementerian Belia dan Sukan dan PJS, kami akan mohon semula kepada Astaf dan lihat sama ada Astaf mahu menerima atau tidak,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya