Positif Covid-19 tapi diam? - Utusan Malaysia

Positif Covid-19 tapi diam?

poklip
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Percayalah, antara berita positif yang tidak mahu kita dengar adalah positif Covid-19. Tetapi di kala ini, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Kita harus jaga kita, jaga semua.

Cuma yang tidak seronok didengar adalah apabila ada yang cuba menyembunyikan berita mereka positif Covid-19. Bagi Poklip, itu bukan satu berita yang perlu dimalukan atau didiamkan.

Kisahnya ada rakan Poklip menyampai, pengacara seorang ini telah disahkan positif wabak tersebut. Oleh sebab itu, program kelolaannya harus dibatalkan di saat-saat akhir.

Yelah, dalam kita berhati-hati, tidak mustahil boleh dijangkiti. Kita tidak dapat melawan takdir bukan? Nasib ramai antara kita sudah lengkap dua dos vaksin, jadi tidaklah gusar sangat kan.

Cuma apa yang membuatkan si polan itu geram adalah pengacara itu langsung tidak memberitahu sesiapa tentang berita duka itu. Sekadar memaklumkan kepada penerbit rancangan.

Malah ada juga kru produksi yang tidak tahu menahu tentang berita itu. Cuma yang dia tahu, program dibatalkan atas sebab tertentu. Hello, jangan menyusahkan orang boleh tak?

Bukan satu perkara yang menyusahkan sesiapa pun kalau anda memaklumkan jika positif Covid-19. Sekurang-kurangnya, pihak lain boleh berwaspada atau menjalani ujian kendiri.

Tetapi kalau didiamkan sahaja, berkemungkinan boleh tersebar dengan lebih luas. Sebab kita tak tahu mana puncanya. Poklip tak faham dengan mereka yang malu jika positif Covid-19.

Ingat tanggungjawba kita ya! – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya