Persatuan seru pemandu e-hailing mencarum skim keselamatan sosial

Persatuan seru pemandu e-hailing mencarum skim keselamatan sosial

JOSE RIZAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Kebajikan Pekerja Industri e-Hailing Malaysia (PKEH) menyeru pemandu e-hailing untuk sekurang-kurangnya mencarum mana-mana skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk perlindungan diri dan masa depan keluarga.

Pengerusinya, Jose Rizal berkata, perkara itu sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini berikutan rentetatan beberapa kejadian kemalangan jalan raya yang sering kali melibatkan komuniti e-hailing.

“Kami amat memahami situasi mereka di kala ini yang sekadar kais pagi makan pagi kais, petang makan petang, namun kepentingan perlindungan diri dan masa depan keluarga tersayang harus di titik beratkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk itu, Jose menyarankan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang memberikan perlindungan kepada individu yang menjalankan pekerjaan sendiri seperti pemain industri e-hailing.

“Bagi tahun 2022, 80 peratus subsidi diberikan kepada setiap individu oleh kerajaan dan baki 20 peratus sekitar RM46.60 setahun atau RM3.90 sebulan.

“Diharapkan agar golongan Orang Bekerja Sendiri (OBS) ini tidak melepaskan peluang perlindungan ini kerana malang tidak berbau dan senantiasalah kita menyediakan payung sebelum hujan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN