Penunggang motosikal maut tersepit

Penunggang motosikal maut tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penunggang motosikal maut selepas tersepit di tayar belakang sebuah lori kontena di Jalan Sungai Buloh menghala Damansara Damai, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 8 pagi itu,  mangsa,  Danial Imran Kamarolzaman, 31, disahkan maut di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 8.16 pagi.

“Seramai enam anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh ke lokasi kejadian.

“Sebaik sahaja tiba, anggota mendapati terdapat kemalangan di lokasi yang membabitkan lori kontena dengan sebuah motosikal Honda EX5,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Norazam, anggota bertindak membawa keluar mangsa menggunakan peralatan air lifting bag dan jentera lain.

“Kami mengambil masa beberapa minit mengeluarkan mangsa sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN