Pemuda UMNO Johor tanya ‘betul ke Syed Saddiq orang JB’ -

Pemuda UMNO Johor tanya ‘betul ke Syed Saddiq orang JB’

MOHD. HAIRI MAD SHAH dan SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilihat seolah-olah tidak memahami punca utama mengapa ramai rakyat negara ini terutama orang Johor memilih untuk berhijrah dan bekerja di Singapura.

Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, sebab utama perkara itu adalah perbezaan nilai mata wang yang menyaksikan mata wang Singapura lebih besar daripada nilai mata wang Malaysia.

Menurutnya, sehubungan itu kerajaan Johor khususnya perlu mencari strategi untuk saling melengkapi ekonomi Singapura dan bukan sebaliknya dengan cuba untuk bersaing.

“Johor Bahru berjiran dengan sebuah negeri bandar (Singapura) yang bergantung kepada ekonomi dalam sektor teknologi dan perkhidmatan.

“Kaedah yang terbaik bukan bersaing dalam industri sama kerana kelebihan mata wang akan tetap menarik tenaga kerja mahir ke negara berkenaan.

“Sebaliknya Johor perlu kerajaan dan politik yang stabil supaya hubungan diplomatik dapat dijalankan untuk meneroka potensi ekonomi bersama.

“(Contoh) China sekarang sedang kaji untuk jadikan Hong Kong dan Shenzen sebagai yang memiliki pentadbiran kerajaan berbeza.

“Sebagai bandar raya berkembar  bagi jalin kerjasama ekonomi lebih baik dan supaya lebih seimbang,” katanya dalam ciapan di Twitter miliknya, hari ini.

Beliau menjelaskan perkara itu sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Muar itu yang memaklumkan Muda mempunyai visi untuk membangunkan Johor sebagai sebuah negeri berasaskan ekonomi berteknologi tinggi.

Ia katanay, bagi mengurangkan penghijrahan tenaga kerja ke Singapura.

Tambah Mohd. Hairi, mereka berasa ragu-ragu dengan pengakuan Syed Saddiq bahawa dia merupakan seorang rakyat Johor apabila dilihat kurang faham mengapa penghijrahan itu berlaku.

“Ragu-ragu bila saudara kata beliau ini (Syed Saddiq) orang kuat Johor Bahru. Kerana beliau kurang faham kenapa rakyat Malaysia bekerja di Singapura.

“Johor Bahru bukan bandar sesuai untuk bersaing mendapatkan bakat terbaik kerana faktor mata wang. Contohnya gaji jurutera di Singapura sebanyak SGD2,500 bersamaan RM7,500 lebih di Malaysia,” ujarnya.

Sehubungan itu, Mohd. Hairi memberitahu, Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad telah memulakan langkah terbaik dengan mewujudkan kerjasama tiga pihak menerusi SIJORI yang melibatkan Singapura, Johor dan Kepulauan Riau.

“Kerjasama ini buka potensi untuk melengkapi satu sama lain, bukan bersaing.

“Antara industri penting adalah produk makanan dan teknologi pertanian kerana Johor adalah negeri yang memberi penekanan terhadap aspek keselamatan makanan bukan sahaja untuk Malaysia, tetapi juga negara jiran.

“Langkah kerajaan negeri mewujudkan syarikat pelaburan bertapak di Singapura untuk melabur dalam sektor strategik di sana dan bawa masuk pelaburan ke Johor juga adalah hasil kerjasama strategik,” jelasnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN