Pemandu potong barisan disaman - Utusan Malaysia

Pemandu potong barisan disaman

PESALAH trafik tular yang disaman oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor selepas didapati memotong barisan secara berbahaya dekat persimpangan lampu isyarat di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Seorang pemandu memotong barisan dekat sebuah persimpangan lampu isyarat di sini akhirnya disaman polis apabila melakukan kesalahan trafik dengan bertindak sedemikian.

Tindakan pemandu Proton Saga berwarna ungu itu tular dalam satu video menerusi media sosial apabila dia dirakam pemandu di belakangnya menerusi kamera papan pemuka menunjukkannya secara tiba-tiba memotong barisan di simpang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ramli Kasa berkata, kejadian dipercayai berlaku di Kilometer 46 Jalan Klang – Teluk Intan melibatkan persimpangan lampu isyarat di Bandar Baru.

“Pada 13 Februari lalu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah Kuala Selangor berjaya mengesan pemandu terbabit. Tindakan saman kemudian dibuat di bawah Kaedah 6(1) A LN 166/59 kerana potong secara bahaya – potong barisan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, beliau memaklumkan pihak polis khususnya IPD Kuala Selangor menasihati kepada semua pengguna jalan raya supaya menjadi pengguna yang bertimbang rasa dan mematuhi undang-undang jalan raya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN