Pejuang bertanding solo PRN Johor - Utusan Malaysia

Pejuang bertanding solo PRN Johor

PRN JOhor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) tidak akan meletakan calon mereka di bawah lambang Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan partinya tidak akan menyertai gabungan mana-mana parti dan mahupun menubuhkan gabungan.

Menurut beliau, calon-calon Pejuang akan bertanding di atas tiket parti itu sendiri berbanding berada di bawah naungan parti lain.

“Tiada perbincangan mendalam dengan parti lain, walaupun Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan kami untuk menyertai mereka.

“Tetapi pada waktu ini kami tidak berhasrat membenarkan calon kami bertanding dibawah lambang PH atau khemah mereka,” katanya semasa sidang media di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mukhriz turut memaklumkan terdapat laporan ada pihak daripada Perikatan Nasional (PN) menyalahgunakan nama Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Jelasnya, pihak tersebut menggunakan nama bekas perdana menteri sebagai pengerusi PN sewaktu memperkenalkan parti itu kepada masyarakat Johor.

“Jadi saya nak jelaskan Tun Mahathir adalah pengerusi Pejuang dan tidak langsung terlibat dengan PN, tidak juga dengan Pakatan Harapan (PH) dan jauh sekali dengan Barisan Nasional (BN),” ujarnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya