Napsiah tidak mahu terlalu yakin di Kempas

Napsiah tidak mahu terlalu yakin di Kempas

NAPSIAH KHAMIS MAHARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Langkah PKR menamakan Napsiah Khamis Maharan sebagai calon yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas, hari ini memberikan kelegaan buat Ketua Wanita PKR Johor itu.

Sebelum ini, Napsiah, 42, mengumumkan kekecewaan apabila Parti Amanah Negara (Amanah) dengan mudah menyerahkan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) setelah mempersiapkan jentera untuk Amanah. 

Justeru, bagi membayar kepercayaan parti terhadapnya, Napsiah bertekad untuk memastikan bendera PKR terus berkibar di DUN Kempas.

Beliau yang juga Exco Wanita PKR Pusat berkata, penerimaan rakyat di Kempas terhadap parti itu amat positif ketika ini, namun usaha keras tetap perlu dilakukan bagi memastikan kemenangan terbabit.

“Setakat ini kita nampak penerimaan itu positif, tetapi dengan pelbagai isu seperti Covid-19 dan sebagainya, kita tidak dapat berjumpa pengundi, tetapi kita akan cuba sebaik mungkin (berkempen untuk tarik pengundi).

“Dulu di Kempas, kita menang dengan lambang Keadilan, jadi kita mahu ia kekal. Walaupun maklum balas kita terima positif, tetapi tidak boleh terlalu yakin,” katanya yang pertama kali akan bertanding.

Sementara itu, Napsiah yang sejak usia muda mengikuti bapanya dalam pembangkang di Tebrau mahu mengutamakan isu tempatan seperti harga barang dan peniaga-peniaga kecil dalam manifestonya.

“Kita akan lihat balik isu-isu tempatan seperti harga barang, isu peniaga kecil dan semua itu akan kita maklumkan kemudian,” katanya.

Khamis lalu, Napsiah meluahkan kekecewaan apabila menyifatkan tindakan parti Amanah menggadaikan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada Muda sebagai satu pengkhianatan kepercayaan yang telah akar umbi berikan.

Katanya, beliau cuba berlapang dada apabila kerusi DUN Puteri Wangsa diberikan kepada Amanah atas kesepakatan rakan lama dalam Pakatan Harapan (PH) kerana selepas Langkah Sheraton, hanya PKR yang bersungguh-sungguh memulihkan keadaan dan membina semula kepercayaan rakyat di kawasan itu. 

Semalam, Napsiah memuat naik satu hantaran yang bertulis Apabila big boss sudah pujuk di laman Facebook rasmi miliknya iaitu sehari sebelum dinamakan sebagai calon PKR di kerusi DUN Kempas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya