JOHOR BAHRU: UMNO tidak perlu berusaha untuk ‘membunuh’ karakter Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebaliknya bekas Perdana Menteri itu yang ‘koyak’ sendiri. Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, Muhyiddin juga bukanlah seorang individu atau pemimpin yang mengamalkan demokrasi dalam pentadbirannya. “Tak payah bunuh karakter Mahiadin (Muhyiddin) pun. Presiden Bersatu itu yang ‘koyak’ sendiri. Satu negara menyaksikan tak pasal-pasal Parlimen digantung. Sampai Raja-raja Melayu pula…