Balisong menetap di beberapa lokasi sepanjang kehilangannya

Balisong menetap di beberapa lokasi sepanjang kehilangannya

Balisong
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Remaja lelaki warga Britain, David Balisong, 17, menetap di beberapa lokasi di ibu kota dan tiada kenalan tempatan sepanjang berada di negara ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya mengesahkan penemuan semula mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini dekat sebuah premis penginapan di sekitar Kuala Lumpur hasil maklumat awam yang disalurkan kepada polis semalam.

“Siasatan awal mendapati remaja itu tiba di Malaysia secara bersendirian dan menetap di beberapa lokasi sekitar ibu kota.

“Sepanjang tempoh keberadaannya, dia tidak mempunyai kenalan tempatan dan bergantung sepenuhnya dengan wang tunai yang dibawa dari negara asal,” katanya, hari ini.

Tambah Shazeli, penemuan itu membolehkan siasatan lanjut dilakukan bagi memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa.

“Polis merakamkan penghargaan kepada masyarakat atas keprihatinan yang ditunjukkan. Orang ramai diseru supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menjejaskan maruah atau kerahsiaan remaja berkenaan,” ujarnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan pemeriksaan kesihatan mendapati Balisong tidak mengalami sebarang trauma atau kecederaan dan sudah pun dibawa ke Hospital Cyberjaya bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus mengesahkan mangsa diserahkan kepada ibunya dalam keadaan selamat dan akan dibawa pulang ke Britain kerana Visa Lawatan tamat hari ini.

Sebelum ini, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dilapor menemukan remaja itu dekat sebuah hotel di Jalan Pudu, kira-kira pukul 5.17 petang semalam.

Penemuan itu berdasarkan maklumat yang diterima daripada seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Uncle Kentang.

Hasil siasatan mendapati mangsa dikatakan meninggalkan rumahnya di Britain berpunca perselisihan faham dengan keluarga dan datang ke Malaysia pada 6 Jun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN