‘Muhyiddin patut letak jawatan Pengerusi MPN’

‘Muhyiddin patut letak jawatan Pengerusi MPN’

MOHD. PUAD ZARKASHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi menggesa Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas kenyataannya berhubung pembukaan sempadan negara dilihat bercanggah.

Beliau berkata, ini berikutan Muhyiddin menyatakan MPN mengesyorkan supaya sempadan negara dibuka sepenuhnya untuk semua negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib. 

“Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) jawab belum sesuai, belum dibincang oleh Kabinet apatah lagi kes Covid-19 semakin meningkat di kebanyakan negara termasuk Malaysia. 

“Sehari sebelum itu dengan garang Muhyiddin kata Parti Pribumi Bersatu Malaysia tidak akan buat langkah bodoh untuk tarik sokongan dan paksa kerajaan buat PRU (pilihan raya umum). ‘In this Omicron. Do you want to see us die?‘ Itu soalannya,” kata Muhyiddin.” Tambahnya lagi, “Saya nak tanya awak (media), kamu tak kisah ke?,”.

“Memanglah kisah. Kenapa pula MPN syor buka sempadan tanpa batas. Bila bercanggah dengan Perdana Menteri, letak jawatanlah,” jelasnya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN