JOHOR BAHRU: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) masih belum memberitahu jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimahukan sekiranya jalinan kerjasama kedua-dua pihak termeterai. Anwar yang juga Presiden PKR itu memberitahu, rundingan kerjasama dengan Muda dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini dibuat di peringkat kepemimpinan negeri. “Rundingan kerjasama PH dan Muda setakat ini di peringkat negeri, kita sedang berbincang…










