MCA nafi surat kawasan bertanding PRN Johor - Utusan Malaysia

MCA nafi surat kawasan bertanding PRN Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: MCA menafikan mengeluarkan surat yang mengandungi senarai kawasan yang bakal ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti. 

Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, ini berikutan Barisan Nasional (BN) sentiasa bermusyawarah dengan segala keputusan dicapai secara konsensus parti-parti komponen.

“Tular mengenai surat palsu ini yang menggunakan kepala surat (letterhead) MCA dan nama saya. Kepada mereka yang berniat jahat melakukan fitnah ini untuk memecah-belahkan BN, hentikanlah!,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Terdahulu, menurut surat yang tular itu, parti itu disifatkan akan meletakkan calon di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah ditandingi MCA pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. 

Surat itu menyenaraikan 17 daripada 56 DUN Johor antaranya Pemanis, Yong Peng, Perling dan Pulau Sebatang. 

Media sebelum ini melaporkan, BN akan bertanding secara solo dalam PRN Johor, pendekatan sama seperti dalam PRN Melaka sebelum ini. 

Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini berikutan trend sokongan yang telah kembali semula kepada BN. 

“BN iaitu UMNO, MCA dan MIC akan memperkasakan gerak kerja dan jentera parti di mana dari 56 kerusi yang ditandingi, BN akan meletak calon-calon di seluruh 56 kerusi DUN di Johor,” katanya. -UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya