Manifesto BN rangkum kepentingan pelbagai lapisan masyarakat - Utusan Malaysia

Manifesto BN rangkum kepentingan pelbagai lapisan masyarakat

ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Manifesto Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan dibentangkan tidak lama lagi bersifat inklusif yang menyentuh kepentingan pelbagai peringkat usia masyarakat di negeri ini. 

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, parti itu akan memastikan manifesto yang dibentang itu nanti memberi manfaat kepada semua dan tidak ada golongan tertinggal.

Dalam manifesto itu, beliau berkata, BN menggariskan lima objektif dan matlamat utama yang mampu membentuk sebuah kerajaan yang kuat, kukuh serta stabil.

“Kita yakin manifesto BN ini bukan sahaja mampu beri peluang dan ruang pekerjaan pada rakyat Johor malah bagi mewujudkan kerajaan negeri yang cekap dan berintegriti. Fokus utama manifesto BN menyentuh penyediaan pendidikan yang lebih baik selain fokus kepada taraf hidup rakyat. Ia juga  menggariskan Johor sebagai kuasa ekonomi baharu negara supaya kita dapat bersaing dengan negara serantau,” katanya selepas perjumpaan Ketua Penerangan UMNO Johor bersama Media Johor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr. Adham memberitahu, BN Johor mencipta kelainan pada PRN kali ini dengan mensyaratkan semua 56 calon Dewan Undangan Negeri (DUN) melantik pegawai media.

Langkah itu, jelasnya, membolehkan setiap calon dapat menyampaikan maklumat terutama isu semasa kepada pengundi dengan lebih berkesan dan efisyen.

“Lantikan pegawai media untuk 56 calon BN ini adalah antara pembaharuan yang akan kita lakukan. Kita ambil maklum dengan suara pengundi yang mahukan setiap calon tampil lebih mesra rakyat dan mudah didekati. Langkah ini juga akan memudahkan pengundi selain media mendapat maklumat segera daripada calon terutama apabila timbul isu berbangkit yang perlu dijawab,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya