Mak nyah mengaku ibu ayam, dua pelacur ditahan - Utusan Malaysia

Mak nyah mengaku ibu ayam, dua pelacur ditahan

SEORANG mak yah dan dua pelacur serta seorang pelanggan yang ditahan di sebuah rumah di Taman Petani Jaya, Sungai Petani semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Polis menumpaskan aktiviti pelacuran yang didalangi  seorang mak nyah yang mengaku sebagai  ibu ayam’ dalam satu serbuan ‘Op Noda’ di sebuah rumah di Taman Petani Jaya, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, dalam serbuan pada pukul 9.45 malam itu, mak nyah tersebut ditahan bersama dua wanita dipercayai pelacur.

Menurutnya, turut ditahan tiga lelaki sebagai pelanggan mereka.

“Hasil soal siasat mendapati aktiviti pelacuran ini aktif sejak Disember tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek warga tempatan yang berusia lingkungan 23 hingga 43 tahun itu  dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD)  Kuala Muda untuk siasatan lanjut.

Katanya, turut dirampas sebuah buku nota disyaki sebagai buku catatan pelanggan, 16 keping kondom bertulis Recare, dua telefon bimbit jenama berlainan dan wang tunai berjumlah RM1,900,  serta wang tunai RM100 satu anak kunci.

“Lelaki mak nyah berusia 43 tahun itu juga mengaku berperanan sebagai ibu ayam dan menguruskan urusniaga dengan pelanggan dengan menawarkan perkhidmatan seks  dengan harga antara RM150 hingga RM 300.

“Dua wanita berusia 25 tahun itu pula mengaku berperanan sebagai pelacur dan tiga lelaki berusia 23 hingga 36 tahun pula mengaku sebagai pelanggan,” jelasnya.

Katanya, soal siasat lanjut akan diteruskan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN