Lori sarat muatan kemalangan, pemandu maut

Lori sarat muatan kemalangan, pemandu maut

Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan pemandu lori yang terlibat kemalangan di KM 10, Jalan Betong-Sarikei hari ini,
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BETONG: Sebuah lori sarat dengan muatan terlibat dalam kemalangan  lalu terbalik di KM 10, Jalan Betong-Sarikei yang mengakibatkan pemandunya maut.

Dalam kemalangan kira-kira jam 9.24 pagi tadi, pemandu lori Ayuh Imau, 39, maut di tempat kejadian.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, komander operasi PBK II Jusmandie Jamaie dari Balai Bomba dan Penyelamat Betong melaporkan setibanya di lokasi pihaknya mendapati sebuah lori dengan muatan sepuluh tan dalam keadaan terbalik setelah terlibat dalam kemalangan.

Katanya,sebahagian tangan pemandu lori berkenaan tersepit di bawah lori menyebabkan kerja-kerja menyelamat agak sukar.

“Pasukan operasi turut mendapatkan bantuan jentera jengkaut dari TRC Pan Borneo untuk menstabilkan lori dan mengangkat lori untuk mengeluarkan mangsa,” katanya.

Mangsa berjaya dikeluarkan dalam tempoh 20 minit, tetapi telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN