Lima 'Superman' ditahan di LPT2 - Utusan Malaysia

Lima ‘Superman’ ditahan di LPT2

LIMA penunggang motosikal yang ditahan kerana melakukan aksi ‘superman’ dalam Op Samseng Jalanan di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Dungun, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Lima lelaki ditahan kerana menunggang motosikal secara berbahaya dengan melakukan aksi ‘Superman’ dalam Op Samseng Jalanan di Hentian Rehat dan Rawat Bukit Besi, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di Dungun, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Ismail Man berkata, kesemua mereka yang berusia antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang.

Katanya, pemeriksaan mendapati empat daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu di samping ujian saringan air kencing yang negatif.

“Aksi ‘Superman’ itu amat berbahaya kepada diri dan pengguna jalan raya lain.

“Kesemua mereka bersama motosikal dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Terengganu bagi disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ismail, seorang daripada lima lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 108(3)(e) APJ 1987 kerana mengubah suai nombor pendaftaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya