Lima pegawai Mara terlibat isu integriti dipanggil esok

Lima pegawai Mara terlibat isu integriti dipanggil esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lima pegawai kanan yang didakwa terlibat dalam isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dijangka akan dipanggil Suruhanjaya Penecegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok.

Satu sumber memberitahu, kesemua mereka akan dipanggil hadir merakam keterangan esok.

Kata beliau, setakat ini sebanyak 14 saksi telah dipanggil iaitu melibatkan tujuh orang pengurusan Mara Corporation (Mara Corp), Lembaga Pengarah Mara Corp (empat orang), Pegawai Mara (dua orang) dan Syarikat Setiausaha (seorang).

“Selain itu sebanyak 17 individu lain turut telah dirakam keterangan iaitu masing-masing empat Lembaga Pengarah Mara Corp. dan pegawai Mara.

“SPRM juga telah panggil tiga pegawai bank dan seorang pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata sumber itu, antara dokumen yang diambil iaitu kertas cadangan dan minit mesyuarat BOD dan EXCO, beberapa dokumen kewangan dan payroll serta dokumen berkaitan sumber manusia (HR)

“Antara lain dokumen yang dirampas iaitu dokumen berkaitan prosedur  operasi standard (SOP) dan surat agreement (LOA),” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN