Leka berjudi, tujuh lelaki, seorang wanita ditahan - Utusan Malaysia

Leka berjudi, tujuh lelaki, seorang wanita ditahan

BARANG yang dirampas dalam serbuan Op Limau dan Tahun Baharu Cina yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Port Dickson di sebuah pondok tidak bernombor di Lukut, Port Dickson semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan Op Limau dan Tahun Baharu Cina yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson malam semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham berkata, kesemua mereka berusia dalam lingkungan 29 sehingga 50 tahun ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 8.40 malam di sebuah pondok tidak bernombor di Kampung Batu 6, Lukut di sini.

“Semasa sampai, pihak polis melihat dua kumpulan yang sedang mengelilingi dua meja. Seterusnya pasukan serbuan membuat pemeriksaan lanjut di meja pertama yang dikelilingi tiga lelaki dan seorang wanita. Mereka sedang bermain judi daun terup manakala meja kedua dikelilingi empat lelaki sedang leka bermain judi jenis mahjong.

“Pasukan serbuan merampas 52 keping kad daun terup, 152 batu mahjong, tiga biji dadu, dua buah meja, lapan buah kerusi, empat helai kertas mahjong dan wang tunai keseluruhan berjumlah RM728 yang dijadikan sebagai pertaruhan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Aidi Sham, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke IPD Port Dickson untuk siasatan lanjut.

“Hasil semakan mendapati dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana berjudi di tempat bebas yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN