Kadar kemalangan Op Selamat 2022 menurun banding 2020 - Utusan Malaysia

Kadar kemalangan Op Selamat 2022 menurun banding 2020

BAGI memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Operasi (Op) Selamat 17 yang dijalankan sempena sambutan Tahun Baharu Cina sejak 28 Januari lalu mencatatkan penurunan signifikan kadar kemalangan jalan raya berbanding Op Selamat 16 pada 2020.

Menerusi empat hari pertama operasi yang akan berakhir pada 6 Februari itu merekodkan 1,420 kemalangan jalan raya termasuk lapan insiden membabitkan kematian dan kadar itu menurun sebanyak 634 kes atau 30.87 peratus berbanding Op Selamat 16.

Bagi kemalangan maut pula, dalam Op Selamat 17, kesemua kemalangan maut adalah melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal dan jumlah itu menurun sebanyak enam kes berbanding 14 kes yang membabitkan motosikal dan pejalan kaki pada Tahun Baharu Cina 2020.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed dalam satu kenyataan memaklumkan, melalui operasi tahun ini, jalan bandaran mencatatkan laporan tertinggi iaitu 825 kemalangan.

“Berbanding jalan lain, 219 kemalangan direkodkan berlaku di 96 di jalan persekutuan, 182 di jalan negeri dan 98 lagi di lain-lain jalan. Statistik menunjukkan penurunan direkodkan dalam tempoh sama pada Op Selamat 16 bagi Tahun Baharu Cina 2020.

“Dalam Op Selamat 17, sebanyak 11,464 saman dikeluarkan melibatkan enam jenis kesalahan seperti pandu melebihi had laju, pandu di lorong kecemasan, memotong di garisan berkembar dan barisan, tidak patuh lampu isyarat dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.

Dalam pada itu, bagi keselamatan komuniti sempena sambutan perayaan pula, beliau memberitahu Polis Kontinjen Selangor melalui Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti menggerakkan sebanyak 2,479 rondaan di kawasan perumahan.

“Unit Kenderaan Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) di gerakkan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan yang ditinggalkan sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2022.

“Selain itu, polis turut menerima sebanyak 41 permohonan Borang Balik Kampung yang diisi melalui aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) dan sebanyak 228 lagi dibuat di balai-balai polis,” jelasnya.

Tambah Arjunaidi, walau bagaimanapun, sehingga semalam, tiada laporan polis diterima berhubung kejadian kes pecah rumah yang ditinggalkan semasa balik kampung.

Justeru, orang ramai dinasihat menggunakan aplikasi VSP atau mengisi borang balik kampung di balai-balai polis berdekatan bagi membolehkan rumah-rumah yang ditinggalkan kosong semasa musim perayaan dikenalpasti dan rondaan dapat dilakukan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya