Jemaah pulang umrah boleh kuarantin wajib di rumah

Jemaah pulang umrah boleh kuarantin wajib di rumah

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jemaah umrah yang pulang mengerjakan ibadah dari Tanah Suci boleh menjalani menjalani kuarantin wajib di kediaman tanpa kelulusan Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi mereka yang mahu di stesen kuarantin swasta, dibenarkan dengan kos ditanggung sendiri.

Katanya lagi, bermula 14 Februari, jemaah yang ingin ke umrah diwajibkan mengambil dos penggalak manakala person-in-charge daripada agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik dan semasa di pintu masuk antarabangsa Malaysia

“Perjalanan jemaah ke umrah dibenarkan semula hari ini. Namun, apabila pulang kelak bermula 14 Februari, perlu patuh SOP baru iaitu kuarantin wajib di kediaman dibenarkan tanpa kelulusan HQA. Jika mahu kuarantin di stesen kuarantin swasta, dibenarkan dengan kos ditanggung sendiri.

“Tambahan juga bermula 14 Februari, jemaah yang ingin ke umrah diwajibkan mengambil dos penggalak (booster dose) dan person-in-charge (PIC) dari agen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik dan semasa di pintu masuk antarabangsa Malaysia,” katanya dalam akaun Twitter beliau hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN