DUBAI : Juara Grand Slam Roland Garros, Jelena Ostapenko mempamerkan persembahan menakjubkan apabila menjulang gelaran Terbuka Dubai apabila menewaskan Veronika Kudermetova pada aksi final kelmarin.
Bekas pemain ranking No.5 dunia itu, hanya memerlukan tempoh 65 minit untuk menewaskan pemain 24 tahun dari Rusia, Veronika Kudermetova dengan keputusan straight-set 6-0,6-4.
Kemenangan kelima Ostapenko dalam kariernya itu, membantu melonjakkan kedudukan 13 dunia keseluruhan dan kali pertama pemain kelahiran Latvia itu berada dalam kelompok terbaik itu sejak Oktober 2018.
“Secara keseluruhan saya rasa ia adalah permainan terbaik saya dan saya sangat gembira sepanjang minggu ini. Saya berjaya melepasi setiap halangan dengan begitu baik meskipun berdepan lawan sukar.
“Saya tiada pilihan lain selain memberikan yang terbaik. Pada akhirnya segala perancangan membantu saya untuk menapatkan rentak permainan yang saya inginkan untuk mencapai kemenangan di Dubai.
“Pastinya perjalanan musim ini belum berakhir dan saya akan bekerja keras untuk memburu sebanyak mungkin kemenangan,” ujar pemain berusia 24 tahun itu.
Pastinya ia adalah aksi yang mengagumkan bagi Ostapenko selepas berjaya membenam Sofia Kenin, Iga Swiatek, Petra Kvitova, dan Simona Halep dalam perjalanannya ke final. -AGENSI