DAP terus umum calon, penyandang DUN Tangkak pertahan kerusi - Utusan Malaysia

DAP terus umum calon, penyandang DUN Tangkak pertahan kerusi

EE CHIN LI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Selepas memperkenal tiga calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak lama lagi, DAP terus aktif mengumumkan calon parti tersebut, seterusnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, hari ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan Ee Chin Li sebagai calon bagi kerusi DUN tersebut yang menjadi wakil rakyat selama dua penggal.

“DAP menggunakan logo Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor nanti dengan manifesto bersama butirannya akan diumumkan selepas proses penamaan calon. Sebagai calon mewakili PH, Chin Li adalah calon yang terbaik bagi DUN ini. Bagi PRN Johor, pendekatan sentiasa berkhidmat untuk rakyat dan negeri Johor yang lebih baik lagi,” katanya ketika pengumuman calon DUN Tangkak di Bandar Tangkak di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14, Chin Li menang setelah mendapat 13,512 undi dengan majoriti sebanyak 5,077 undi mengatasi Goh Tee Tee daripada Barisan Nasional yang mendapat 8,435 undi. 

Beliau pernah menyandang jawatan Setiausaha Politik kepada Yeo Bee Yin ketika Ahli Parlimen Bakri itu menjadi Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam pentadbiran PH.

Setakat ini, DAP telah mengumumkan empat calon, selain di Tangkak iaitu kerusi DUN Paloh, Mengkibol dan Penggaram. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya