Cubaan sorok tenggiling dalam but kereta tumpas - Utusan Malaysia

Cubaan sorok tenggiling dalam but kereta tumpas

KEADAAN tenggiling yang ditemukan dalam but sebuah kereta di Bera, Pahang baru-baru ini. - PERHILITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tindakan tiga individu yang cuba membawa seekor tenggiling dengan disorok dalam but sebuah kereta persendirian berjaya ditumpaskan di Bera, Pahang baru-baru ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kes itu dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilaksanakan di daerah tersebut melibatkan kerjasama dengan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia hasil maklumat orang awam.

“Hasil daripada pemeriksaan lanjut dilakukan, seekor tenggiling yang sengaja disembunyikan suspek terbabit dalam tempat penyimpanan barang kenderaan itu telah disita. Hidupan liar jenis mamalia bersisik itu disimpan individu berkenaan tanpa memiliki sebarang dokumen sah dikeluarkan pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Tiga suspek tersebut ditahan pihak berkuasa bagi membantu proses penyiasatan selanjutnya berhubung kesalahan serius mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan boleh didakwa di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tujuh tahun.

Langkah tegas itu bagi membendung kegiatan perburuan secara haram dan diperdagangkan dalam pasaran gelap tempatan serta antarabangsa untuk dijadikan sebagai ubat tradisional.

Individu yang ingin memelihara tenggiling di negara ini perlu mempunyai permit khas dikeluarkan Perhilitan selaras dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya