BIGBANG bakal muncul dengan lagu baru - Utusan Malaysia

BIGBANG bakal muncul dengan lagu baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kumpulan K-Pop ternama, BIGBANG bakal mengubat kerinduan peminat dengan sebuah single baharu tidak lama lagi.

Menurut syarikat pengurusan, YG Entertainment, kumpulan berkenaan sedia menerbitkan lagu tersebut sekitar musim bunga depan.

“BIGBANG telah menyempurnakan proses rakaman dan baru memulakan penggambaran video muzik lagu tersebut,” jelas YG Entertainment.

Pengumuman itu dilakukan semalam.

Dalam pada itu, salah seorang anggota kumpulan berkenaan, T.O.P disahkan bakal meninggalkan syarikat pengurusan terbabit.

Dalam pengumuman sama, YG Entertainment berkata pihaknya menghormati keputusan pemilik nama sebenar Choi Seung-hyun itu.

“Kontrak T.O.P bersama YG telah tamat. Beliau akan menguruskan kerjayanya, sebagai artis mahupun usahawan.

“Kami menghormati keputusan beliau. Begitu juga anggota BIGBANG lain yang bersetuju dengan keputusan tersebut.

“Tertakluk kepada keadaan, T.O.P akan kekal menyertai sebarang aktiviti melibatkan BIGBANG, bergantung kelapangannya,” umum syarikat berkenaan.

Kemunculan semula kumpulan ini pada tahun ini adalah yang pertama sejak penghasilan single Flower Road sekitar tahun 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN