Bersatu juga bertanggungjawab kelemahan kerajaan PH - DAP - Utusan Malaysia

Bersatu juga bertanggungjawab kelemahan kerajaan PH – DAP

LIM Guan Eng (dua kiri) menanam pokok sebagai simbolik pelancaran ibu pejabat DAP Johor yang baharu di Kulai, Johor. -UTUSAN/KHAIRUL MOHD ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULAI: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) juga perlu dipertanggungjawab terhadap kekurangan dan kelemahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh 22 bulan mentadbir negara.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata demikian sebagai membalas kenyataan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan yang mendakwa polisi kerajaan PH ketika itu adalah memotong pelbagai peruntukan kerajaan.

Menurut beliau, hal itu kerana Bersatu juga merupakan sebahagian daripada kerajaan PH ketika tempoh berkenaan.

“Adakah dia lupa sejarah bahawa Bersatu juga merupakan sebahagian daripada kerajaan PH ketika itu. 

“Kita tidak mahu terlibat dalam pertelingkahan antara Bersatu dan UMNO tetapi untuk menyalahkan DAP dalam soal berkenaan adalah tidak perlu,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis penanaman pokok sebagai simbolik perasmian ibu pejabat DAP Johor yang baharu, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong serta bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai, Alan Tee Boon Tsong.

Tambah Guan Eng, pihaknya telah membuat banyak permohonan peruntukkan tambahan bagi keperluan rakyat namun ia dihalang oleh pihak tertentu khususnya daripada Bersatu pada ketika itu.

“Walaupun DAP berpegang kepada ideologi sosial demokrasi, namun parti sentiasa berjuang menambah peruntukkan bagi kepentingan rakyat seperti membantu mengurangkan pengangguran mahasiswa dengan memberi peluang pekerjaan menerusi galakan RM300 kepada majikan dan pekerja RM500 setiap bulan yang menyaksikan sejumlah 350,000 peluang pekerjaan terhasil.

“Dakwaan Bersatu kita potong itu, potong ini tidak benar, mereka salahkan DAP pula dengan mengatakan Cina ini idealogi adalah ‘social democrat’.

“Dia lupa dulu mereka sebahagian daripada PH dan dia patut faham parti ‘social democrat’ seperti kami selalu minta peruntukkan tambahan untuk rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, berhubung kerjasama PH dengan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, Guan Eng berkata perbincangan masih berlangsung.

“Setakat ini kita mengadakan perbincangan dengan semua parti untuk elak berlaku pertembungan tetapi saya rasa perbincangan dengan Muda adalah lebih realistik.

“Jika kita berjaya mengelakkan berlakunya pertembungan (sesama parti pembangkang) maka ia akan beri keyakinan kepada rakyat untuk kita menubuhkan kerajaan dan lakukan perubahan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya