Bersatu cabar UMNO guna Ahmad Zahid, Najib sebagai `poster boy`: Cabaran apa ini? - Najib - Utusan Malaysia

Bersatu cabar UMNO guna Ahmad Zahid, Najib sebagai `poster boy`: Cabaran apa ini? – Najib

WAN SAIFUL WAN JAN dan NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan cabaran daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menggunakan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atau dirinya sebagai poster boy mereka bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) Johor. 

Beliau berkata, ini berikutan UMNO sudah tentu menggunakan calon Ketua Menteri atau Menteri Besar sebagai poster boy seperti mana yang dilakukan Barisan Nasional (BN) semasa di PRN Melaka sebelum ini. 

“Boleh tahan adik buku manifesto ini. Kan dah terang-terang ini Pilihan Raya Negeri (PRN)? PRN sudah tentu guna calon Ketua Menteri atau Menteri Besar sebagai poster boy – seperti apa yang BN buat masa PRN Melaka.

“Kenapa pulak nak guna wajah saya, Ahmad Zahid atau Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob? Cabaran apa ini?.

“Hanya yang tidak faham konsep ini dan telah tersalah guna slogan ‘Abah Sayang Melaka’ atau mungkin guna ‘Abah Sayang Johor (tetapi tak berani pertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN))”.

“Tetapi lain cerita pada Pilihan Raya Umum (PRU). Jika Wan Saiful (Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan) ingin tahu siapa poster boy BN pada PRU-15, maka suruhlah boss kamu tekan butang dulu,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cabaran Bersatu itu untuk menggunakan Pengerusi BN dan Pengerusi Lembaga Penasihat itu sebagai poster boy UMNO pada PRN Johor nanti. 

Wan Saiful berkata, jika benar UMNO masih satu parti yang harmoni dan tidak mahu berselindung di sebalik watak ‘baik’ serta membawa nama individu bermasalah, mereka perlu membuktikan sesuatu. 

Katanya, perkara itu juga bagi menjawab persoalan seringkali ditujukan oleh pimpinan UMNO adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu akan terus menjadi poster boy mereka bagi PRN kali ini.  -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya