Bayi ditikam ada beberapa kesan kecederaan lain - Utusan Malaysia

Bayi ditikam ada beberapa kesan kecederaan lain

POLIS merampas satu objek tajam yang berlumuran darah di lokasi kejadian bayi yang dipercayai ditikam ibunya di Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis mengesahkan bayi lelaki yang dipercayai mati ditikam ibunya semalam, mempunyai beberapa kesan kecederaan lain pada badan.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, penemuan  berkenaan dikenal pasti hasil bedah siasat terhadap bayi yang seberat 2.49 kilogram.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat sama ada kesan itu angkara perbuatan ibunya yang berusia 15 tahun atau kecederaan semula jadi  ketika proses kelahiran.

“Selain satu tikaman di dada, ada beberapa kesan kecederaan lain ditemukan tetapi siasatan masih dilakukan. Polis turut merampas satu objek tajam yang berlumuran darah di lokasi kejadian yang disyaki digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya katanya kepada pemberita, hari ini. 

Dalam perkembangan sama, Hanyan berkata, suspek yang keciciran pelajaran sejak beberapa tahun lalu turut membuat laporan polis dirogol teman lelakinya yang berusia dalam lingkungan 20-an.

Katanya, lelaki berkenaan adalah rakan sekampung dan didakwa merogol mangsa tahun lalu.

“Usaha memburu kini giat dilakukan dan kita minta lelaki itu tampil menyerah diri bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN