Bapa jatuh sakit, Sheera mohon doa orang ramai - Utusan Malaysia

Bapa jatuh sakit, Sheera mohon doa orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Sheera Iskandar, memohon orang ramai agar mendoakan bapa tercintanya, Tengku Iskandar Putra yang kini dalam rawatan di hospital.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Janji Diana itu menerusi entri Instagram miliknya.

“Semoga Allah kurniakan kesembuhan buat papa. Syafakallah.

“Mohon doa dari sahabat-sahabat semua buat ayahanda Sheera semoga sihat seperti sedia kala,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, Sheera juga memberitahu dia dan adik perempuannya, Tengku Mia terpaksa pulang ke ibu kota atas urusan kerja.

“Sheera dengan adik, Tengku Mia terpaksa bertolak balik ke Kuala Lumpur atas urusan kerja.

“Semoga papa terus sihat, kami sentiasa mendoakan walau dari jauh,” ujarnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan doa yang baik-baik buat bapanya agar diberikan kesihatan seperti sedia kala.

“Insya-Allah, semoga Allah permudahkan,” komen pelakon Azhan Rani.

“Kekal tabah, semoga sembuh seperti sedia kala…” komen juga pelakon Salina Saibi.

“Syafakallah, semoga cepat sembuh,” komen pelakon Lufya Laana.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya