Anwar, Syed Saddiq bincang strategi PRN Johor

Anwar, Syed Saddiq bincang strategi PRN Johor

ANWAR IBRAHIM (kiri) dan SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan bersama Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung strategi dan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Menurut Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu, kedua-dua juga berbincang soal masa depan dan perihal pembangunan anak muda di negara ini. 

“Pagi tadi saya dikunjungi Presiden Muda dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di pejabat.

“Kami berbincang soal masa depan dan perihal pembangunan anak muda di negara ini. Kami juga turut menyentuh tentang strategi dan perjalanan PRN Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya ciapan Twitter beliau hari ini.

Sebelum ini Muda dikatakan hampir pasti bekerjasama dengan PH untuk bertanding dalam PRN Johor.

Mereka dikatakan telah memulakan perbincangan dan kerjasama antara kedua-dua pihak itu diyakini bakal dimuktamadkan tidak lama lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya