ALOR SETAR: Aksi dua kanak-kanak menaiki tempat muatan belakang sebuah pacuan empat roda mengundang kemarahan dan kekesalan dalam kalangan netizen.
Aksi tersebut yang dipaparkan dalam sebuah video berdurasi 27 saat itu dipercayai berlaku di sebuah daerah di negeri ini.
Video tersebut memaparkan dua kanak-kanak disyaki tanpa pengawasan orang dewasa sekali sekala dilihat berdiri di belakang tempat muatan kenderaan berkenaan.
Aksi tersebut yang tular di beberapa laman Facebook sejak semalam mengundang perdebatan warga net yang menganggap tindakan itu pemandu pikap berkenaan membahayakan kanak-kanak tersebut.
Video berkenaan dipercayai dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kebetulan berapa di belakang pacuan empat roda berkenaan ketika berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat.
“Ya Allah…seriau tgk..klo jadi apa², anak tak dak ganti oii… bukan boleh beli kat shoppe atau lazada..”
“Allahu.. tu kena jln ada bonggol… tbawa laju…x ke melambung ank2 tu… klu la ada sapa2 suruh berenti..teguq sat… tapi….klu kita teguq, kita plak dia maki.. biaq la…”
Tulis warga net yang kesal dengan sikap pemandu berkenaan.